Content
duhai wanita..
wanita solehah itu ibarat mutiara yang tetutup. lumrah hidup, makin tersembunyi, makin mahu diketahui. aku juga punya impian untuk tidak dilihat, dan tidak diketahui oleh mana-mana lelaki ajnabi. tersimpan rapi, dijaga malah ditutupi. laksana bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah, yang tidak dilihat mahupun disentuh oleh manusia. alangkah bahagianya andai menjadi wanita seperti itu. mahal dirinya kerana maruah yang dijaga dan akhlak yang terpelihara. seorang wanita solehah itu ialah apabila dirinya tidak dilihat dan tidak pula melihat lelaki. mampukah aku menjadi seperti itu?
duhai wanita terpuji,
seringkali aku terfikir, wujud lagikah wanita pemalu lagi terpelihara seperti pendamping setia nabi musa? safura. begitu masyhur ceritanya. ketika beliau di utus oleh bapanya untuk menjemput nabi musa ke rumah untuk membalas kebaikan baginda. dan dalam perjalanan itu, angin bertiup agak kencang hingga terselak kainnya lalu menampakkan kakinya. malunya safura dengan hal itu, lantas mempersilakan nabi musa untuk mendahului langkahnya. subhanallah. alangkah terpeliharanya wanita ini. dimanakah lagi mahu dicari wanita-wanita seperti itu pada akhir zaman ini?
duhai wanita yang dikasihi,
sedarilah, engkau diciptakan dengan penuh kecantikan dan kesegaran. ianya bukan untuk dilihat apatah lagi ditayangkan kerana engkau terlalu mahal harganya. aku juga gadis sepertimu, punya fitrah sukakan kecantikan. tetapi, apalah gunanya cantik itu andai diri tidak dihiasi dengan iman dan akhlak yang mulia. cantik luaran tetapi busuk dalaman. itukah yang engkau mahu? simpanlah kecantikan sementaramu itu demi meraih redha allah. biarlah kurang dimata manusia tetapi cantik pada pandangan allah. bukan kah memperoleh keredhaan allah itu setenang-tenang nikmat yang manis untuk dirasakan?
duhai wanita muslimah,
takutilah dengan sabda nabi yang berbunyi : tiadalah satu fitnah sesudah peninggalanku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain daripada fitnah wanita. mahukah engkau menjadi penyumbang kepada kelalaian lelaki? aduh, hibanya hati ini, kerana wanita itu diciptakan bukan sebagai penggoda yang melekakan dunia. tidak mahukah engkau menjadi wanita solehah agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu. alangkah beruntungnya jika begitu.
DUNIA ITU PERHIASAN, SEBAIK BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH


0 comments:
Post a Comment