sungguh merugi manusia yang berada dalam kelalaian
sibuk mengejar dunia
seronok dengan segala apa yang ada didalamnya
semuanya itu bersifat sementara
lupa tanggunggajawab sebagai hamba
juga penyambung perjuangan rasulullah tercinta..
ya rasulullah...
betapa umatmu dalam lalai dan leka
seolah umatmu membawa khabar nestapa
pasti kau berdurja
manusia...
kamu bermaksiat seakan kamu lupa adanya syurga dan neraka
lupa pada malaikat pencatit dosa dan pahala
lupa adanya allah yang maha melihat segalanya
manusia...
hari kiamat itu sangat pasti
tiada siapa pun yang akan terkecuali
tidak gerunkah kamu?
bekalan apa yang mahu dibawa
sedangkan berimbun-timbun bebanan dosa
manusia..
bertaubatlah selagi pintu taubat terbuka
beramal soleh lah sekudrat upaya
jangan lupa wahai manusia..
rasulullah itu sangat kasih pada umatnya
manusia sahaja yang buat-buat lupa
baginda rela dibaling batu pada tubuhnya
demi menyelamatkan umatnya dari azab neraka
manusia..
kamu berhutang dengan kebaikan rasulullah
jerit perih membawa agama ke pelusuk dunia
hingga kamu merasakan nikmat islam yang sempurna
allahumma solli ala muhammad
ya allah, izinkanlah kami untuk medapat syafaat pesuruhmu
tika berada di mahsyar kelak...

0 comments:
Post a Comment