Content

kesilapan teknikal

Tuesday, April 27, 2010
semester tiga bagi sesi 2009/2010 sudah bermula. cuti dua minggu untuk semester dua terlalu singkat bagi saya. terkejar-kejar ke sana dan ke mari dengan pelbagai program dan aktiviti. masa jika tidak diisi dengan islam, pasti akan dipenuhkan dengan jahiliyah.

bertemu dengan semester tiga kali ini dimulakan dengan hal-hal yang tidak menarik. mahu saja menulis satu persatu. tetapi cukuplah apa yang tidak menarik itu buat simpanan diri saja.

******

hari ini kelas seawal 9 pagi untuk subjek traditional criticism yang diajar oleh Dr. nasr el din ibrahim selama tiga jam. masuk saja ke kelas, barisan pertama kosong tanpa diduduki. manakala barisan kedua dan ketiga kerusinya sudah penuh didudukkan. baik. duduk dibaris hadapan sekali adalah pilihan yang terbaik daripada duduk dibarisan ke empat. setuju?

ustaz mengedarkan kertas kehadiran. kebiasaannya nama saya berada sekitar nombor pertama atau kedua. almaklumlah, nama dimulakan dengan abjad A . kertas itu diteliti berkali-kali. malangnya nama saya tiada didalam kertas kehadiran itu. pelik. saya sangat yakin sudah melakukan pre-register untuk semester tiga. apa sudah terjadi?

tempoh belajar sudah satu jam berlalu. ustaz bermundar mandir. rehat dua minit sebentar. telefon bimbit saya bergetar petanda masuknya message.

sender: kak raudhah
salam. afeefah, anti jadi tak ambil subjek practical grammar sem ni? kelas dah mula sekarang ni.

terkebil-kebil apabila message itu dibaca. kelas practical grammar? saya ada register ke untuk subjek tu? takkan masa kelas boleh clash kot? lama juga saya memikirkanya. rupa-rupanya............................. saya sudah salah masuk kelas. ohh tidak!

aduhai, kelas sudah satu jam berlalu, macam mana saya mahu meminta izin untuk keluar ke kelas. malu!malu!.
patutlah nama saya tiada dalam kertas kehadiran, sudah silap kelas rupanya. hee. saya sudah tidak boleh fokus dengan pengajaran ustaz. mahu kekal duduk atau meminta izin untuk keluar?

afeefah: معذرة الأستاذ، أتتغير الفصل
ustaz: لا بأس، أنت مستمعة
afeefah: حقيقة يا الأستاذ عندي الفصل الآن وأنا أستأذنك للخروج
ustaz: اه، نعم ما في مشكلة

segannnya. dengan membuat muka kering dan tidak bersalah, segera saya keluar ke kelas. rakan-rakan kelas tersenyum kelucuan. keputusan itulah yang terbaik. daripada duduk di dalam kelas tanpa fokus, lebih baik saya hadirkan diri ke kelas practical grammar yang sudah bermula jam 9 pagi lagi.

*****
kesimpulannya, sila print confirmation slip setiap kali mula semester baru dan pastikan masuk ke kelas yang betul. jika tidak, anda mungkin akan dilumuri dengan perasaan segan andai mahu keluar ke kelas yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

My Ping in TotalPing.com My Zimbio