Pernah dengar nama abaya saloma? pada saya, abaya saloma sekadar nama jolokan kerana potongan lengan abaya yang unik. bentuknya sama seperti potongan lengan seniwati saloma. jika dinegara arab, saya pasti namanya bukan seperti itu.
alhamdulillah, abaya saloma yang dipesan sudah sampai hari ini. abaya yang menarik pada pandangan mata saya. sudah bertambah lagi koleksi abaya dengan fesyen abaya saloma :).
material- satin
cuba lihat potongan bukaan lengan abaya ini. besar bukan? sebab itu mungkin ia dinamakan abaya saloma. satu sudah cukup untuk rekaan abaya saloma didalam almari saya. sekadar mempelbagaikan koleksi abaya saja.
kepada penggemar abaya, saiz dan ukuran abaya sering berubah-ubah mengikut kepada pengeluarnya. sila berhati-hati ketika memilih. kebiasaannya, potongan abaya selalunya lebar dan perlu untuk di 'alter'.
jika kalian melihat wanita arab memakai abaya yang 'just nice', itu bermakna abayanya ditempah dikedai, bukan dibeli 'ready stock'. abaya yang dijual selalunya disertakan sekali dengan selendang yang sama corak dengan abaya.
terdapat cara mudah untuk membezakan antara abaya dan bukan abaya- maksud saya, abaya itu buatan negara arab. baik, cuba perhatikan lengan abaya, jika terdapat jahitan dibahagian atas dan dibawah lengan, maka itu adalah abaya arab. jika tidak ada, maka abaya itu bukan keluaran negara arab. jelas?
setakat abaya yang dibeli, ukuran saiz abaya terdapat beberapa jenis. jika jubah, saiz biasanya mengikut ukuran bahu. berbeza dengan abaya yang mengikut ukuran burst-hip-length. ini contoh saiz abaya arab:
1. 1,2,3,4,5 = xs,s,m,l,xl- abaya jordan
2. 52,54,56,58,60 = s,m,l,xl,xxl- abaya saudi dan dubai
3. xs,s,m,l,xl- abaya mekah, madinah dan dubai
Itu sahaja cerita ringkas mengenai abaya. Saya sekadar berkongsi gembira apabila mendapat abaya yang dipesan.


0 comments:
Post a Comment