Content

marhalah khassah

Tuesday, March 9, 2010
sapaan di shoutmix oleh sahabat sefikrah saya mengingatkan kembali zaman hidup penuh tarbiyah di bumi wakafan matri. ohh matri.  saya mengenal erti kehidupan di suatu tempat yang bernama matri. saya membesar di matri selama 7 tahun. dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam atas. bersyukur sangat allah memilih saya untuk belajar di situ.

fasa hidup di marhalah khassah sedikit berlainan daripada fasa tingkatan. batch saya merupakan batch yang paling sedikit dalam sejarah bilangan marhalah khassah. seramai 10 orang sahaja. bilangan yang sedikit ini membuatkan saya selesa untuk berbincang, bertanya, berbual dan bergurau dengan murabbi-murabbi saya.  mereka ini bila didekati, lain pula daripada sangkaan pertama saya. sangat baik. sangat keayahan.

menulis post ini membuatkan saya tersenyum apabila mengenangkan gelagat sahabat-sahabat saya. oh, rindunya pada mereka semua. pelajar perempuan hanya 8 orang. dengan merekalah saya belajar, bersembang, berbincang,  dan berlawak...saya sangat sayang dan kasih sahabat-sahabat saya. di mana lagi mahu berjumpa dengan sahabat yang benar-benar menjadi seorang sahabat?

batch saya berjaya mencipta sejarah sekaligus memecahkan rekod pencapaian marhalah khassah. buat pertama kalinya pelajar perempuan berhasil mendapat pangkat mumtaz dan juga 10 mumtaz. alhamdulillah, mashallah tabarakallah.. segala usaha dan doa kami tidak sia-sia. allahu akbar.

wajah sahabat-sahabat saya silih berganti bermain dalam fikiran. fajriah, marina, syuhairah, tasnim, hafsah, alimah, dan izzah. mereka itu sahabat saya...marhalah khassah 2006-2007 dalam kenangan.



syeikh ibrahim(guru kelas) dan ustaz dahlan (mudir)

bila lah lagi dapat berkumpul dengan sahabat-sahabat saya. masing-masing sudah membawa haluan hidup sendiri. ada yang belajar di mesir, jordan, kuin, uia dan seorang lagi menjadi suri rumah sepenuh masa. moga moga ukhwah yang terbina kerana allah ini mempunyai saham untuk dituntut di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

My Ping in TotalPing.com My Zimbio