hujan lebat membasahi bumi. sungguh menyegarkan. seingat saya, ini adalah kali pertama dalam sem 2 hujan lebat pada subuh jumaat. mashallah. hujan rahmat mengiringi pada hari kelahiran baginda s.a.w. petanda apakah ini?
semalam sebelum iftar jamaie bersama-sama sahibah, sempat juga diselitkan tazkirah ringkas mengenai sirah sahabat rasulullah bilal bin rabah r.a, muazzin rasulullah. bagaimana kisah hidup dan perjuangannya yang dapat meruntun jiwa.
ujian hidup bilal bermula apabila tuan beliau menyuruhnya untuk membunuh rasulullah iaitu sebelum waktu keislamannya. perintah itu mengejutkan bilal r.a kerana beliau sangat berhasrat untuk memeluk islam. keengganan beliau untuk membunuh rasulullah mengundah azab dan seksa pada dirinya. beliau sanggup diseksa dan di azab demi rasulullah. YA, DEMI RASULULLAH.
renugkan sejenak,
apakah yang ada pada diri rasulullah sehingga para sahabatnya sanggup berkorban jiwa raga semata-mata untuk baginda. hebat bukan? itulah dia MUHAMMAD UTUSAN TERAGUNG. mampukah kita mengambil dan mencontohi kehebatan rasulullah dalam kehidupan seharian kita?
(teringin sangat untuk berjumpa dengan orang yang tarikh lahirnya sama dengan rasullah)

0 comments:
Post a Comment