beauty is in the eye of the beholder
manusia apabila terpandang kecantikan dan keindahan, mata terus saja melekat menuruti pandangannya.
seakan disihir matanya dengan keelokan ciptaan tuhan.
melihat tanpa jemu, terus-menerus. tanpa mahu bekerdip walau sekejap cuma.
laksana wanita mesir terkagum-kagum melihat ketampanan nabi Yusuf a.s.
yang diungkapkan dirinya bukanlah manusia, bahkan malaikat yang mulia
lantaran kesempurnaan, keelokan rupa paras serta kecantikan yang dimilikinya...
boleh jadi kerlingan penuh takjub mendapat pahala andai disusuli ucapan subhanallah..mashallah.
boleh jadi lirikan mata mengundang murka andai dituruti pandangan pertama dengan pandangan mata kedua.
usah sekali tewas dengan panahan beracun umpanan syaitan.
ketahuilah, bukan semua ciptaan yang indah lagi cantik halal untuk dilihat, apatah lagi untuk dinikmati
kerana pandangan mata itu ada batasnya.
sekatlah pandangan mata demi meraih kelazatan ibadah serta khusyuk dalam beramal
kerana itulah janji allah buat hambanya.
jika aku mahu engkau menundukkan pandangan, aku dahululah yang perlu menundukkan pandangan.....


0 comments:
Post a Comment