Content

Andai nabi Muhammad s.a.w hidup dalam hatimu.....

Sunday, May 16, 2010
 اللهم صل على محمد وعلى أهله وصحبه أجمعين

Andai nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam hidup dalam hatimu,
pasti matamu itu dihidupkan dengan kehidupan mata baginda, tanpa engkau melihat perkara yang haram.
telingamu itu dihidupkan dengan kehidupan telinga baginda, tanpa engkau mendengar perkara yang berdosa. 

Andai nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hidup dalam hatimu,
pasti engkau menuturkan pada lidahmu ungkapan supaya engkau dapat bertemu dengan rasulullah.
nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal.
engkau tidak mencemarkan hatimu dengan sikap benci terhadap orang yang menyakitimu.
juga engkau tidak memutuskan silaturrahim yang baginda larangi.

Andai nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hidup dalam hatimu,
nescaya masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah.


****
Rasulullah s.a.w adalah pendidik dan guru yang paling sempurna lagi agung dalam sejarah kehidupan penciptaan manusia. berterima kasihkah kita pada baginda?

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

My Ping in TotalPing.com My Zimbio