alhamdulillah, blog ini dapat award setelah tiga bulan muncul. dapat award? kelakar pula rasanya bila ada konsep award dalam dunia blog ini. apa pun, terima kasih ya kerana memilih blog ini untuk memberi award.
award ini diberikan oleh rakan seperjuangan saya di uia, cik melatidaisy . terima kasih melatidaisy. disamping mendapat award ini, ada kerja tambahan yang mesti dipenuhi. atas kesuntukan masa, cik melatidaisy beri saya kelonggaran untuk menjawab soalan yang mana sempat.
ada empat permintaan dari melatidaisy. tapi saya hanya mampu menjawab nombor 1 dan 4 sahaja buat masa ini. final exam mode~ ada masa nanti akan dijawab lagi dua permintaan atau tidak buat langsung. opss.
1. thank and link the person that gave you the award.
2. pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
3. contact said blogs and let them know they've won the award
4. state 7 things about yourself.
tujuh perkara tentang saya?
1. i love my family very much, murabbi-murabbi di matri, sahabat-sahabat sefikrah, dan sesiapa yang mengajak saya kepada kebaikan dan kebenaran. saya kasih kamu semua!
2. abaya lover- tengah mencari bisht abaya/ butterfly abaya. susah sangat nak jumpa disini.
3. suka bahasa arab dan apa-apa yang berkaitan dengan arab. alangkah seronoknya jika boleh bercakap bahasa arab setiap masa.
4. memiliki impian dan keinginan untuk belajar di jordan dari darjah 3 lagi. hasrat yang tertangguh. nampaknya uia adalah yang terbaik buat saya untuk degree ini. pasrah.
5. ditakdirkan untuk menjadi seorang yang kidal. anak kepada si kidal (ayah) dan kakak kepada si kidal (manje).
6. memiliki 3 anak saudara yang comel-comel. alhamdulillah. segala yang comel cantik itu milik allah. pinjaman sebentar sahaja. nikmat yang boleh bertukar kepada ujian.
do pray for my lovely final!oh oh...

0 comments:
Post a Comment